praktikum ends..



Bismillah, 
assalamualikum.. lama sudah tidak aku mencoret di blog ini rasanya.. nak kata life aku busy sejak dua menjak ini,,, tidak la juga. tp mungkin kerana tiada kesempatan untuk aku membuka blog ini dan mungkin juga kerana aku penat nak mencoret. yela, sepanjang sem ini penat rasanya asyik menulis dan mengarang ayat,, baru-baru ni aku baru sahaja habis praktikum fasa dua. syukur alhamdulilah... seriously, praktikum kali ini lebih mencabar daripada yang fasa satu punya, ffuhhhh...hanya mampu mengeluh dan mengeluh... huhuhu.. btw, aku lupa nk bagi tau, aku dah jumpa teman sehidup dan semati aku..agaknya lah ...harap2..hoho... walaupun macam2 daj jadi sepanjang perhubungan kami tapi aku bersyukur apa yang berlaku mematangkan aku dan yang paling penting buat aku sedar tentang pengorbanan dan lebih menghargai orang yang mencintai kita setulus hati.  segala yang terjadi sebelum aku bersamanya harus dan perlu aku lepaskan.. kerana apa yang ada dihadapan mata itu lebih utama. aku pernah menjadi bodoh dan rasanya tak perlu lagi aku terus menjadi bodoh. keputusan yang bijak perlu dibuat demi masa depan  hubungan aku yang sekarang. cukuplah sekali dia terluka kerana sikap ku ini, walaupun sukar luka itu untuk dirawat,,apa yg aku mampu buat adalah cuba menghargai dan menyayanginya sepenuh hati... biarlah ia kekal hingga akhir hayat. alangkah lebih indah jika dapat bersama hingga ke syurga. biarlah hubungan ini berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan. yang menghalalkan agar lebih diredhai allah. aku tau dan aku sedar, perjalanan masih lagi jauh...kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, namun apa yang aku mampu buat adalah percaya  doa yang baik2 dan redha atas apa yang akan berlaku kelak.. insyallah jika ada usaha yang baik, pasti allah kabulkan...cuma cpt atau lambat. sama2 ye doakan . :)



thanks for viewing diarihaticikbunbun.do leave a comment

QUOTE OF THE DAY!


BISMILLAH

Only Allah can give you the love you're looking for, and Allah alone can give you the person that loves Him enough to deserve you

WAITING FOR THE BEST AND THE RIGHT MAN FOR ME ^_^

someone yang dapat menerima kekurangan dan kelebihan diri ini dengan seadanya tanpa sebarang rungutan dan penyesalan
someone yang akan sentiasa ada disisi xkira senang atau susah hingga ke akhir waktu
someone yang sentiasa bagi semangat apabila hati ini dalam kesedihan dan kekecewaan
someone yang akan bagi nasihat dan sentiasa menegur secara berhemah apabila diri ini melakukan kesilapan
someone yang dapat membimbing dan sama-sama membimbing diri ke arah yang lebih baik
dan yang paling utama
Someone yang dapat sabar
yang dapat tahan dengan sikapku yang gedik mengada-ngada, kuat menangis,kuat membebel,kuat merajuk, dan kuat mengamuk.
i wish  there is someone out there that will spend his life to be my man.






thanks for viewing diarihaticikbunbun.do leave a comment

Praktikum hoi!




bismillah..fuh fuh..berdebu blog  ni.. lama xmencoret..maklumlah bz berpraktikum skrg ni.. tinggal lagi seminggu ja lagi..tak zabarnyewww~ sebenarnya pi mengajar kat sekolah tu seronok tp yang tak seronoknyew sebab kena observe..ftttt xsuka okey.. menci kitew tau...bru je 1 observation.ada lagi dua dgn pensyarah.. hmm harap2 dipermudahkan,, xmau lah bergenang lg air mata mcm hari tu. insyallah. doakan kita ye. :)









thanks for viewing diarihaticikbunbun.do leave a comment

Permainan Tradisional


Bismillah.

place: padang bola jaring IPGKTB
Time: 7.00  am -12.00 pm
Date : 25/3/2015
organizer: sejarah, pc,sains



lect pon nak main jugak..


classmates

geng tarik upih

tarik upih... 
we all number 1..




new class of mine..
satu-satunya malay girl..hehe

thanks for viewing diarihaticikbunbun.do leave a comment

lawatan di MSN Kedah


Bismillah.

Tempat: MSN KEDAH
Tarikh: 24/3/2015







thanks for viewing diarihaticikbunbun.do leave a comment

steamboat with familia


bismillah.

alhamdulilah cuti sekolah yang lalu dpt luangkan masa pergi makan2 dgn my big family. ada family abg es n adik ku zudin.. this is our second family gathering.. before ni sekali je pernah mkan sama2, itupun sebelum my little brother kawin. ofcoz imma happy person bila dpt tgok ahli keluarga dpt luangkan masa. ini je cara nk rptkan hbgn keluarga, hmm well before ni masing-masing separated. alhamdulilah, allah bagi peluang utk kami spend our time together.

 actually, da lama ajak ayah makan steamboat before ni tapi ayah jenis xsuka makan steamboat.dia lebih prefer makan nasi. maklumlah ayah tu tekak melayu, tapi anak-anak dia nie sume tekak western. eyh xjugak except for me k. aku ni sume boleh makan cuma aku paling suka lauk kampung, expecially sambal  belacan, sambal totok, pajeri terung, dan TEMPE. hehehe.. so xheranlah ramai yang panggil aku cik tempe..hari2 nak tempe. klo xdpt tempe rasa cam xselera je.. cuma nowdays aku dah kurg lah skit nk mencari..sbb dekat penang ni dah mmg susa nk dapat. kalau ada pon,org masak xsedap.xkena dgn selera aku. back to story, ayah aku yg xsuka mkn steamboat ntah tetiba je cuti kali tu ayah beria ajak..kedai steamboat tu dekat je dgn umah.. 5 minit je klo nk g. nama kedai tu RESTORAN LAGI BEST
dekat Taman GAYA okey. 

ni ha nama kedainya..

harga 
Dewasa: RM 25
Warga emas: RM 15 (if xsilap) hehe
kanak-kanak 7 tahun ke atas: RM 10 


 ni lah kedainya











rasa???
bagi aku biasa je,,,xdela sedap mana pon..tapi heran aku ramai nowh org.. dkt area situ pon ada lagi satu kedai steamboat.situ pon ramai org jgk,aku xpernah lagilah rasa. nama kedai tu RAWA STEAMBOAT. next time la aku rasa... 

korg tau x, balik je dari makan kat kedai ni, aku sorang kena muntah2. teruk gila. ntah apa yang aku makan smpi muntah2 xtaula..perut pun xselesa je.. yang peliknya, family aku yang lai elok je makan. xde pulak sakit perut ke or muntah2.. hmm..nasible perut aku ni mengada sgt.. picky sgt org kata. xbole mkn pelik2 or macam2 sgt nanti habis muntah2 and angin satu badan.huhu

oklah guys, thats all my story. next time i will story again with another stories wokey, wait for me to review another restaurant. bubye. muahcikedd. 



thanks for viewing diarihaticikbunbun.do leave a comment

CAFE HALAL DI ROUTE 9



ASSALAMUALAIKUM..
hye2.. 
today, nak cerita semalam punya cerita..kira nak throwback aktiviti semalam la ..
disebabkan semalam aku takda kelas, so aku dan rumet serta sorang lagi kawan kami cadang nak cari bahan kajian dekat arkib. gigih betol kita orang bertiga sebab pagi2 lagi around 7am dah keluar asrama pergi pulau. dari IPG nak ke jeti butterworth kita orang naik prebet and then we all naik feri. just RM 1.20 je okeyh for the fee. termasuk pergi dan balik and it takes around 25 minit untuk sampai ke jeti di georgetown. smpi sana pulak, kami ambil bus untuk ke komtar yang berharga RM 1.40. actually dekat je dari jeti nak ke komtar. jalan kaki pon boleh. jarak maybe lebih kurang 1.5 km. not really sure about the KM .. but aku sendiri pernah jalan kaki kot nak ke sana, and it took me 7 minit.. so xjauh la kan.. tapi disebabkan masa tu kami malas nak jalan so kami naik jela bas. hehe

after that sampai je komtar terus pergi arkib. maybe awl lagi. so pejabat xbuka lagi. we all kenalah tunggu. sementara menunggu tu pergi pusing2 sat kat area situ.. kot2 lah terjumpa JO.. HAHA
tapi xdepon,, malang kan?sobsob
dah siap cari bahan, actually aku xde bahan, diorang je so aku ajak diorang pergi makan sebab aku dah lapar teruk.huhu
aku kalau bab makan im a little bit picky.
so, kalau xsedap. jangan harap aku nak makan. lagi2 kalau benda tu mahal.memang sebakul aku membebel. hahaha.nasiblah.bukan xbersyukur tapi bagi aku, aku ada hak kot sbb aku dah bayar. kalau xsedap sikit2 xpela lagi ni kalau memang xley nak telan tu acane?
by the way, nasib aku baik sebab hari tu makanan semua sedap dan aku sgt berpuas hati. 
benda pertama aku makan adalah sushi. aku tak ingat apa nama kedai tu. dia dekat 1 avenue. level 5. u guys yg suka sushi should try it. aku lupa nak amik gambor.huhu
harga pon tadelah mahal sgt.. still affordable for 1 pieces. ada yg RM1 untuk yg biasa .. yg lain2 mostly RM 2.40.. 

lepastu, aku makan mcd plak,,adoyai,,bebetol ternak lemak. actually aku just nak makan sundae je tapi TERBELI burger sekali,acanew tu??hahahaha
petang tu plak pergi makan dekat route 9. 
yang ni xdirancang okey..
kami sje je nak lepak dkt mne2 cafe yg halal tp xtau.. so jalan jela cari dekat area jalan chulia, nmpk mcm2 cafe yang superb nice tp mostly served alcohol.. huhu.. so non halal la.. tapi kami xputus asa, kami jalan lagi.. and kami jumpa this cafe

ROUTE 9 JALAN BISHOP

cafe ni HALAL okey!SO  kami bergegas masuk macam orang kena ligan. haha
masuk2 je aku teruja tgok interior design cafe ni. simple but yet nice. ada lukisan2 yg cantik.. 
see this










AND for MENU
main course dia chicken, fish, steak
mostly harga memang affordable.. murah sebenarnya untuk cafe yang stle mcm ni.
kalau nak jimat, boleh ambil set. just tambah RM 6 (MUSHROOM SOUP + ICE CREAM + LEMON TEA/PEACH TEA)
MURAH KAN???



 alfredo spageti


grilled chicken with mushroom soup





So kepada yang suka jalan-jalan cari makan korang boleh la singgah kedai ni okey. sangat berbaloi-baloi. yang paling seronok cafe ni TIADA TAX!

PLACE****
TASTE ****
PRICE ****
SERVICE ***** 
pelayan dia hensem hahaha

 nah aku bagi alamat. siap peta lagi supaya senang korang nak cari.
next time ak nak pergi lagi. nak try dish yg lain plak

Alamat :

Route 9
Address: 36 Bishop Street, 10200 Penang
Tel: 04-2639899


thanks for viewing diarihaticikbunbun.do leave a comment

Pendakian Gunung Baling, Kedah.


bismlillah.
assalamualaikum dan pagi semua. hari ini aku just nak sharing about our activities on 1 february.. aktiviti hiking ini sebenarnya dirancang oleh sorang brader tu, siapa ntah nama dia. im not sure. but i just know he's from KL. aku and the geng iaitu budak maktab 17 orang rasanya includes abg senior yg dah posting dgn kawan dia. plus brader KL dgn kawan-kawan dia 5 orang.. 



one of he's friends adalah orang filipina. 

HENSEM. 

itu je aku boleh cakap. haha



back to our stories, pendakian kita org start dalam pukul 10.15 pagi..actually agak lambak sebenarnya tu. cuaca pulak sangat lah terik. then, we start hiking, serious talk aku cakap mmg susah nak hikin. sebab kawasan gunung ni berbatu-batu. so, agak bahaya sedikit. aku pulak yg masa tu hanya memakai kasut sneaker sahaja.,sebab aku ingat tempat hiking ni ada trek bertar ke mcm bukit mertajam. huhu.. aku asyik nak jatuh je. kuikui. kawan aku plak a.k.a rumet aku yg sdg demam pon ikot sekali sebenarnya, mula2 tu dia macam nak putus asa. tak mau dah nk sambung hiking. tp kita orang slow2 je hiking. nak buat macam mana kan? nak taknak kenalah naik jugak. xkan nak patah balik. rugi weyhhh...

dalam perjalan tu ada juak kami terserempak dengan sekumpulan makcik2..
perghh terkejut kot..
hebat betul depa.
kuat betol stamina diorang kan..
aku yg muda ni pon semput nak daki...
lepas tu ada lagi seorang pakcik ni, dia pakai selipar jepun je kot p naik gunung tu..
maybe sebab dah terbiasa kot..
dia pon orang kampung situ je so tak heran la kot.
katanya nak cari pucuk apa ntah..
aku pon xtau..


one of he hardest part.. actually tinggi jugak batu tu,,



yang ni baru suku je pendakian kami...
jauh lagi perjalanan woii



yang ni hampir smpi ke puncak





and atlast alhamdulilah kami berjaya sampai ke puncak. 
 Tada.....
arrived dalam pukul 12.30
so perjalanan hiking around 2 jam 15 minit..

fly fly fly~~





action kamen!!


geng2 hiking,,
da smpi puncak..
so relax sementara tunggu makanan siap dimasak oleh 2 org chef.


view from the top.
wow...
nice bebeyh

eyhh,, ada action kamen la kat sini,,
hikhik


langit, awan dan matahari di puncak gunung baling
subhanallah, indah ciptaaNYA 

TADA...
ni lah hasil masakan 2 org chef kita..
salmon grilled with fruit and salad
SEDAP.


after makan2 kami pon geraklah turun semula..sebab kami xsolat lagi..huhu. so kenalah turun awal. around 2.30 pm kami gerak and smpi kat bawah around 4pm.. 1 1/2 hour. 





thanks for viewing diarihaticikbunbun.do leave a comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...