ohsem day at TAMAN NEGARA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dearies cik diarihati, semalam  ( 17 MAC 2013) adalah hari yang memberikan aku seribu satu perasan. dimana ada perasaan suka duka dan airmata. namun, perasaan inilah menjadikan aku mula berfikir sejauhnya, menyedarkan aku bahawa perasaan yang aku alami ni adalah  rencah kehidupan. tanpa kemanisan dan kepahitan aku xkan kenal erti kehidupan sebenar. 

Taman Negara, tempat yang menjadi destinasi aku dan rakan-rakan sekelas untuk mereleaskan segala ketensionan kami semua terhadap beban eseimen yang berlambak dan pembentangan yang sedang beratur panjang menunggu masa untuk dibentangkan. 

ahh,, betapa leganya hati akhirnya beban yg ditanggung dapat juga dileraikan walaupun hanya sekejap. disamping dapat melihat ciptaan yang maha esa.subhanaalah, cukup indah, terasa kedamaiannya. angin laut yang sepoi-sepoi bersama deruan ombak serta bunyi kicauan burung, membuatkan aku rasa tenang. bersyukur kerana masih diberi waktu untuk mengecapi nikmat allah yang terlalu indah ciptaanya. 

aku amat mencintai air. bahagianya bila dapat berenang-renang di lautan yang sungguh luas. andailah aku seekor ikan tentu seronok. ak bebas untuk berenang kemana sahaja..
(what a nonsense dreaming)
huh..

melihat mereka-mereka bergelak tawa ketika itu sambil berbarque sungguh seronok. alangkah seronoknya jika semuanya bersama. ilya, pidod, n jay xde. rasanya sepanjang 4semester xpernah sekalipun kami dapat keluar bersama-sama tanpa ada yang missing.
mungkin belum rezeki. insyallah one day pasti berkesempatan. ^__^

hiking with jawa adalah one of the best moment. sangat seronok. acctually, i dun want hiking with him, theres another reason. hurm.. kerisauan yang melampau terhadapnya membuatkan aku hilang pertimbangan. hilang terus kerisauan tentang diri. akal dan minda seolah tidak mampu utk terus berfungsi dengan baik. apa yang utama ketika itu aku menemuinya. ketika itu, otak ligat memikirkan yang buruk sahaja, walaupun aku tahu tiada apa yang perlu untuk aku risaukan sebenarnya selain keselamatan diri yang keseorangan ketika itu. aku tak mahu seandainya apa-apa terjadi padanya. aku tak mampu. 

nafas sedikit terhela, akhirnya dirinya baik-baik sahaja, namun hatiku menjadi sebak secara tiba-tiba. namun ku abaikan, ku teruskan perjalanan ke rumah api bersama si jawa.. dia adalah lelaki yg baik. sangat prihatin. sepadan bila bersama dgn ustzah aku doakan dia akn bersama dgn ustzah insyallah. moga ada jodoh diantara mereka. :)

melihat keindahan dari puncak bukit ternyata sangat indah. kata-kata xmampu nak menghuraikan kecantikan pandangan mata. andainya detik itu aku dapat bersama dia sebagai yang halal mungkin ia akan menjadi lebih indah. tapi ianya hanya mimpi dan angan-angan kosong. takkan pernah dan mampu untuk aku kecapi. 
sesungguhnya,diri merasakan amat bahagia kerana sentiasa berada disamping insan yang selalu menjadi pujaan hati, namun, kebahagiaan itu hanya sekejap. ternyata ia bukan milikku, walau ku kejar pasti xkan jua ak perolehi seperti layang-layang yg ptus talinya. mana mungkin bukan..

 dalam suka pasti ada duka, dalam gelak ketawa pasti ada airmata 
wahai sahabat sekalian,maafkan diriku yg seringkali menimbulkan kerisauan dan kegundahan. kedegilan diri tanpa memikirkan org lain.ahh xsepatutnya aku begitu..
huh..
sorry u guys.. :(
btw, terima kasih  untuk hari yang indah ini. 
hari itu akan terus menjadi kenangan 
yang indah untuk kita semua.
(ya allah kuatkanlah ukhuwah ini hingga sampai ke jannahmu)




0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...