trust urself n ALLAH.


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

orang kata dalam dunia tiada istilah kawan baik .betul ke? aku tak pasti.aku ada kawan baik. dan aku percayakan mereka. aku tau diorang juga mempercayai aku. tidak pernah ada rasa sedikit terasa atau sebarang persengketaan. hbungan persahabatan ini terlalu murni.dah bertahun kami kenal.dan aku pasti mereka adalah yang terbaik namun kepercayaan ak terhadap orang lain mula goyah saat insan2 yang aku percaya,insan yang boleh dikatakan rapat menikam aku dari belakang. aku tak pernah sangka.dan aku tak percaya sebenarnya, namun kebenaran sudah ada didepan mata. apa lagi yang aku nk? aku kecewa. tergamaknya diri. apa salh aku? apa yang aku buat? ak sudah cuba buat yang terbaik. aku akui kadang2 ak silap.mungkin tanpa pernah aku sedari aku selalu melukai hati-hati orang disekeliling aku. maafkan aku. aku hanyalah insan biasa. aku tak sempurna. tapi aku cuba buat yang terbaik. tapi kini, perasaan aku dah berkecamuk. aku tak tahu apa yang harus aku buat, aku tak tahu apa yang sedang bermain difikiran aku. terlalu banyak perkara untuk difikirkan. kusangka disaat usia mengajak dewasa aku mampu untuk bertahan.tapi aku lemah, aku masih lagi lemah. mudahnya aku terbuai dengan perasaan dan emosi sendiri. 

esok, genaplah usiaku 20 tahun. aku cuma mengharapkan keadaan akan kembali pulih seperti biasa. aku harapkan kehidupan akan menjadi lebih baik. aku mahu insan2 yang aku sayangi sentiasa bahagia disisiku. aku tak sanggup untuk melihat mereka berduka. apa yang terjadi, aku redha. aku tahu setiap yang berlaku ada sebabnya. dan allah sudah aturkan perancangan untukku. semoga aku tabah. semoga aku makin kuat. ya allah kau peganglah diriku. bimbing aku ya alllah dan lindungilah diriku. sesungguhnya aku insan kerdil yang terlalu-lalu lemah.


0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...