i cant bear it anymore.

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


apa yang kita nak sgt xsemestinya kita akan dapat.ALLAH tau apa yg terbaik untuk kita.tapi sebagai manusia biasa bukan mudah untuk kita menerima hakikat yang sebenarnya. semakin kita cuba untuk menghindarinya semakin berat untuk kita melupakanya. selama setahun lebih ini ternyata apa yang aku rasa ini bukanlah sekadar mainan. kalau dlu mungkin aku keliru.xdapat nak bezakanya, tapi disaat usia semakin menginjak dewasa,ternyata aku yakin dengan apa yg aku rasa. aku benar2 ikhlas. tapi keihklasanku seolah2 tak pernah dia nampak. pelbagai cara dan usaha yang aku lakukan. tapi semuanya menemui kegagalan. dan pada ketika ini, aku sudah tidak mampu untuk bertahan. aku lemah. aku tiada kekuatan untuk meneruskanya. bukan aku PUTUS ASA tetapi aku tidak sangup untuk melukan hati aku sendiri.  sampai bila aku perlu menanti insan yang tak pasti? kini, aku hanya mampu serahkanya pada allah. DIA lah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku. betul lah apa yang diperkatakan oleh sesorang kepadaku bahawa ALLAH BERI APA YANG KITA PERLU BUKANYA APA YANG KITA INGINKAN. aku terima apa juga takdir yang diberikan untuk aku.







YA ALLAH,
sebagai hambamu yang jahil lagi kerdil ini
kau peganglah hatiku sekuat-kuatnya,
aku perlukan bimbingan hidayahmu ya allah,
sebagai panduan untuk aku meneruskan kehidupan ini 
sebagai hambamu yang solehah.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...