cinta si bintang AQUARIUS


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Semasa hati berbisik “lemahnya aku”
DIA berkata

 “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan
jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”




selama hampir dua bulan cuti persekolahan...
hari-hari saya berlalu tanpa awak disisi.saya sedih sgt. setiap detik waktu dan saban hari saya fikirkan awak. benarlah seperti apa yang orang selalu kata, kalau kita benar2 sygkan seseorang itu, ibubapa pun kita xkan ingat seperti kita mengingati org yang kita cinta.walaupun nampak mcm tak baik tp mmg itulah kenyataanyew. saya tak tahu apa yang awak fikirkan tentang saya, saya cuba nak memahami awak tapi awak tak pernah nak bagi saya peluang. Insyallah awak, saya terima segala kekurangan dan kelebihan awak. kalau ada kekurangan dlm diri awak, saya akan lengkapkanya, begitu jugalah saya.sekiranya terdapat kekurangan dalam diri saya,saya harap awak lah orangnya yang akan melengkapkan kekurangan itu sebab saya yakin awak mampu.

Awak, saban hari saya berdoa agar awak adalah jodoh saya. walaupun ia belum lagi dimakbulkan, saya yakin allah mempunyai sebab untuk tidak memperkenankan doa saya ni. mungkin belum tiba masanya. tapi awak, sampai bila saya harus menunggu.? menunggu kepada perkara yang tidak pasti? saya terlalu menderita . hati saya sakit, terluka dengan sikap awak. kadang-kadang saya tanya diri saya sendiri saya nie xde maruah ke xmalu ke?. saya tahu ada diantara mereka yang pandang rendah pada saya, ada yang gelakkan saya kerana tak pernah serik mencintai awak walaupun awak menolak saya yang mungkin sudah berpuluh-puluh kali... 
saya akui memang saya malu.tapi saya endahkan benda tu semua. 

DAN hari itu semakin hampir, setiap hari saya ingat tarikh itu, sebab tarikh tu terlalu bermakna buat saya. tarikh tu, saya ibaratkan sebagai satu petanda JODOH antara kita. pertama kali jumpa awak saya tak sangka saya akan suka awak, saya tak sangka saya akan jatuh cinta dengan awak dan paling saya tak sangka saya berkongsi tarikh lahir dengan awak. cuma tahun saja yang kita berbeza. saya nak sangat sambut ulangtahun bersama-sama dengan awak. tapi... saya takkan pernah ada peluang itu sebab awak xpernah suka saya. tapi bukan itu yang menjadi masalahnya. ia disebabkan  awak semakin mengelakkan diri  daripada saya.. saya tahu awak xnak bagi saya harapan. awak xnak saya tunggu awak lagi. malah awak suruh saya cari org lain. dan saya pernah cuba untuk menerima orang yang sayang saya.tapi saya tak mampu. saya hanya perlukan awak. saya nak awak yang mendampingi saya. pernah juga saya cuba nak lupakan awak,tapi saya tak mampu. mungkin sebeb awak ada depan mata saya. setiap hari kita berjumpa bersua muka. saya cuba untuk elak awak. bila kita terserempak, saya cuba larikan pandangan saya. tapi tak bermakna saya berjaya mengalihkan pandangan mata hati saya. saya berpendapat sekiranya awak jauh dari saya mungkin saya mampu melupakan awak tapi sangkaan saya meleset. awak baru cuti xsampai dua minggu tapi saya terlalu-lalu rindukan awak. saya sentiasa risaukan awak. tambahan lagi bila awak jatuh sakit. saya risau. saya nak tau keadaan awak mcm mne, saya nak tau awak dah makan belum saya nak tahu semua tu. walupun ianya nampak remeh tapi saya nak tahu jugak. sebab saya takot sgt saya akn kehilangan awak buat selama-lamanya.

awak...
mana mungkin saya dapat melupakan awak. semakin saya ingin lupakan awak semakin kuat perasaan saya kat awak. mungkin awak xpernah rasakanya. atau mungkin awak tau dan dapat rasakanya tetapi awak saja xnak ambil peduli? saya tak tahu wak,saya xtau apa yang awak pikir, saya tak tau apa yang ada dalam hati awak. TAPI saya cuma nak awak nampak, nak awak tahu yang saya jujur, ikhlas dan setia menyayangi dan mencintai awak. saya tak tahu sampai bila saya akan terus dengan penantian ini..mungkin sampai esok, lusa, bulan depan,tahun depan atau mungkin sampai bila..
saya tak pasti..
:(

sehingga sekarang saya xpernah berhenti berdoa agar DIA menyatukan kita.
kerana JODOH memang sudah ditentukan tapi tidak salah untuk saya memohon kepadanya untuk menjadikan awak sebagai JODOH saya.
tapi andai awak bukan jodoh saya
saya redha.
kerna ALLAH tahu apa yang terbaik.

 ALLAH ALMIGHTY





0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...