kau tetap sahabatku dulu, kini dan selamanya.


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 


Dari kecil sehingga kini, macam2 orang aku kenal dan aku akui aku mempunyai ramai kawan kerana nak cari kawan sememangnya mudah,tetapi mencari seorang sahabat ternyata adalah suatu hal yang sukar.  aku kadang2 tertanya2 siapa dia?aku sendiri tak tahu benar ke dia sahabat aku, dan benar ke aku sahabat dia?tapi sepanjang perjalanan hidup ini,aku mula mengenali siapa sahabat aku yang sebenar.

sewaktu zaman kanak-kanak aku masih lagi tidak tahu apa erti persahabatan.yang aku tau mereka yang rapat dengan aku adalah sahabat aku.tapi sebenarnya sahabat bukanlah seorang yang rapat dengan kita semata-mata tapi mereka adalah orang yang boleh menerima kita seadanya dan sentiasa bersama kita disaat jatuh bangun kita. 
aku mula mengerti erti persahabatan ini sejak aku tingkatan 2 iaitu ketika saat aku terjatuh rebah kebumi,ada insan yang hadir menghulur tangan dan memberikan aku satu nafas baru disaat aku hampir lemas didalam kekusutan hidup ini. aku tak sangka aku mempunyai sahabat yang hebat seperti mereka. ketika orang lain tidak mempercayai aku,. tapi merka percaya
ketika orang lain membuang aku, tapi mereka menerima aku
ketika orang lain memandang sinis pada aku tapi mereka tetap memandang aku dengan seribu senyuman yang penuh dengan kasih dan sayang. terlalu byk kenangan bersama mereka yang tidak akan mampu aku hapuskan dan terlalu banyak kebaikan mereka yang tidak mampu aku lupakan. walaupun sudah sekian lama tak berjumpa, walaupun kini kita tak bersama, korang tetap dihati aku. dan korang akan tetap menjadi sahabat karibku dunia dan akhirat.
terima kasih SAHABATKU
NUR HAFIZAH RAHMAT & NOR HAFIZAH NATON

selepas peristiwa itu,aku terpaksa berpisah dengan sahabatku fiza N dan R, selepas itu aku cuba mencari teman baharu,tapi aku tak mampu,tidak ada siapa yang mampu menggantikan mereka ketika itu.sehinggalah tiba suatu saat,aku berjumpa dengan seseorang yang seakan seperti mereka berdua.aku bersyukur sgt-sgt kerana ALLAH menggantikan mereka dengan menghadiahkan aku sahabat baru.mereka juga sentiasa bersamaku. tidak kira susah ataupun senang.aku sentiasa berharap agar kami tak akan berpisah,namun takdir ALLAH telah memisahkan kami. dia telah mendapat tawaran belajar di sekolah teknik,dan aku pula hanya tinggal di sekolah lama.  aku sungguh terkilan.kerana aku tidak mampu lagi untuk hidup keseorangan tanpa mereka. dan ternyata benar,hidupku seakan kosong tanpa mereka.segala-galanya serba tidak kena. aku nekad untuk berpindah ke sekolah yang sama dengan salah seorang daripada mereka. akhirnya aku bersama dengan nana.kami ditempatkan disatu sekolah yang sama. tapi nadrah tetap keseorangan disekolah teknik,dia juga rasa benda yang sama seperti aku,kami tidak mampu untuk hidup berasingan.aku nekad untuk bersama-sama belajar dengan nadrah & nana di IPT nanti.namun, kami masih lagi tidak berjodoh.ketiga-tiganya mendapat tawaran yang berbeza. sekali lagi kami terpaksa berpisah. aku mula sedar, mana mungkin kami dapat bersama selamanya..hidup ini sudah ditetapkan oleh NYA.mungkin ada hikmah disebalik semua ini. 

kepada sahabat yang jauh dimata tetapi sentiasa dekat dihati
yang sekian lama tidak bersua muka dan hanya berbicara tanpa bertentang mata
yang menyulam salam perkenalan selama 5tahun ini
Aku kian merinduimu sahabat 
Teringat kenangan yang telah kita coretkan bersama
Yang kininya hanya boleh dikenang 
Aku harap kau juga masih terkenang masa lalu kita bersama
suka dan duka, yang tidak mungkin pernah padam dari ingatanku ini
dan biar ia bersemi untuk selamanya sahabatku

 SITI NADRAH HUDA BT ROSLIN
&
 SITI NURLIANA ABD FATTAH


Dan kini,setelah satu tahun setengah menetap di bumi bainun ini,aku tuirut mempunyai ramai kawan. pada awalnya berkawan dengan seorang kemudian bertambah sehingga menjadi 7orang,persahabatan ini kukira akan kekal selamanya,namun ianya hanya bertahan selama satu semester sahaja. entah apa sebabnya.tidak aku pasti. bukan tidak pernah untuk aku menjaga hubungan ini dengan sebaiknya tapi apalah kudrat aku untuk mengekalkanya.ternyata ia adalah suratan takdir.aku pasrah,kenangan hanyal tingal kenangan.aku tidak mampu lagi untuk melakarkan kenangan itu.yang aku mampu hanya membayangkanya sendirian.sesungguhnya aku kecewa.

dan dibumi bainun ini juga, aku turut mengenali seorang insan. satu-satunya sahabat lelaki aku di sini.segalanya bermula dengan baik. bermula dari seorang kawan, kami menjadi teman rapat danmenjadi SAHABAT. banyak masa yang telah kami habiskan bersama, suka dan duka kami sentiasa bersama. tiada rahsia juga diantara aku dan dia. kata orang dimana ada aku pasti disitu ada dia.sehinggakan ramai yang menyalah anggap hubungan kami ini. namun segalanya mula berubah, aku tidak tahu dimana silapnya. mungkin salah aku atau mungkin salah dia. sejujurnya aku bahagia bila melihat dia bahagia, tapi aku sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba hati ini terkadang cemburu. bukan cemburu kerana cinta.  tapi entahlah..aku pun tak pasti.mungkin kerana tiada lagi masa untuk kami bersama bergelak tawa dan berkongsi cerita. namun siapa aku.aku hanya lah seorang sahabat.dan sebagai seorang sahabat aku tidak sepatutnya rasa mcm tu.apepun aku sentiasa doakan agar dia bahagia dengan insan itu. dan aku nak kau tahu sahabat, walau apepon yang berlaku aku tetap akan sayang kau sebagai seorang sahabatku. 

dan sekarang,aku cuma berharap insan yang mula rapat dengan aku ketika ini adalah sebenar-benarnya sahabat aku..
kepada awak-awak

NUR SYAHIRAH SYAZA MD.DELI
NUR IZZATI ABD JAMIL
SITI AISYAH ADIB

aku nak korang tau,aku sayang korang sgt-sangat.sukar untuk aku nyatakan yang aku benar-benar menyayangi korang,aku ikhlas berkawan dengan korang dan aku harap korang pon ikhlas berkawan dengan aku. moga persahabatan ini kekal hingga hujung nyawa .INSYALLAH.

DAN
Disini buat sahabatku semua yang kukenali
walau dimanapun kalian ketika ini
walau pun ketika ini jarak memisahkan kita tapi
Kalian sentiasa bertahta disanubari ini
ingatlah bahawa ..
Kita berjumpa kerana takdir. 
Kita berkawan kerana kasih sayang. 
Kita bersama kerana hati. 
Kita bergaduh kerana harga satu ikatan.
dan yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA.
tanpa izinya  tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati 1 Rahsia Rasa.Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan.
Kalian adalah sahabat,teman, dan pelipur lara dalam hidup aku, kita berkongsi macam-macam cerita bersama gelak tawa dan aimata.kita bagun sama-sama,kita jatuh sama-sama.indah bukan?terima kasih kerana hadir sebagai sahabatku.Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini untuk dikenangkan melainkan dapat mengenali insan seperti kamu sahabat 
dan disini aku memohon kemaafan atas segala salah silap aku sepanjang perkenalan kita aku tahu banyak kesalahan yang telah aku lakukan selama aku menjadi sahabat dan temanmu,kadang-kadang aku tak sedar aku banyak buat kamu semua terasa . sesungguhnya aku adalah insan biasa.sekiranya ada kekurangan dan kekhilafan diri ini maafkanlah aku. 


wasalam.salam sayang dari sahabatmu yang serba kerdil ini.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...