TEMASYA PANTUN (MELAKA ♥ KL)



assalamualaikum..
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 
selama seminggu aku tiada di Bainun, tentu rindu rasa hati..ditambah lagi pula cuti seminggu berstudy week..actually seminggu yg lepas aku terpaksa ke MELAKA untuk aktiviti TEMASYA PANTUN di sana..sudah tentunya, ianya amat menyeronokan ..hehe..mcm-macm ada...temasya pantun nie diadakan selama 3 hari start ari rabu sampai jumaat.aku nie bukan reti berdondang sayang pon,,ni la first time menyanyi..kalau korg nak tau dondang syg nie bukan stakat menyanyi je,dia sebenarnya berpantun secara spontan sambil menyanyi.susa weyhh..kalau harap suara sedap tapi xreti berpantun tak guna gak..aku nie?dah la pantun xreti nyanyi pon suara mcm katak,,hadoii..cano nie?memey xmenang la weyh,,yg datang kat sini semuanya hebat tau expecially yg dtang dri INDONESIA.dorg teramatlah hebat,suara diorang perghhh memang kelass gituu..MANTOP! lau nak dibandigkan dengan aku nie,memey la jauh bezanyew,mcm langit & bumi..huhu. 








lepas abes je temasya pantun kat melaka, hari sabtu pagi ue kita org gi seminar pulak kat KL.ala semiar nie sambugan kepada aktiviti kat melaka ni lah..seminar nie anjuran GAPENA. sampai kat KL je, GAPENA bwk kitaorg gi PUTRAJAYA,jalan2 dulu,pastu gi makan kat rumah gapena kat dgn DBP.kat jalan ape tu aku tak sure,hoho. then, ktorg gi dgr forum kat HOTEL MIDAH kat sebelah bangunan v.t sunbathan. ala dekat je dgn DBP ue..pukul 5stgh bru check in kat MYHOTEL.ingt an xbest tau hotel ue,,tapi best giler weyh,,hotel baru lah katakan,,hotel ue dkt dgn midvalley. jalan kaki je pon boley lau nak gi,,tapi aku xsempat nak gi,,BZ la katakan,,hoho,,kat hotel ue kan ada mat salleh hencem,mata biru kehijaun,,perghh cair aku,bukan aku je wawa pon sme...haha,sempat lagi nak mnggatal,,hee~

kalau ekot an seminar ni habis ari ahad malam,tapi disebabkan dah kepenatan budak2 nie ada yg balik awal. ak,wawa n que balik lah ahd pagi ue.aku terus pulang ke kampung halaman untuk berstudy week..study ke?hekk macam tak je,,hoho..aku memang xsabar nak melepaskan rasa rindu kat family aku,n paling penting xsabar nak makan makanan johor expecially my TEMPE & ASAM PEDAS!huhu..lama kot tak makan,,kat penang mana lah boley dptkan..so alhamdulilah,balik2 je mak saya yang tersayunk masak kan ASAM PEDAS IKAN MERAH...wuyoohh,,,nyummynyum sedap weyh....haha..esok mak nak masak ikan pari bakar pulak,,wee~seronoknyew...tu lah yg aku suka bila balik rumah,,nak makan ape..cakap je,nanti ado lah org yg masakan,,untung belajar jauh2,,,hehe






urm,ok lah i need to sleep.esok nak teman mak pergi bank.nanti bole lah mintak mak duit,haha,,
bye2 readers. luv uoll so much! :) 

thanks for viewing diarihaticikbunbun.do leave a comment

life is AWESOME




السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 



walaupun tidak berkata-kata
 tapi cukuplah sekadar bersua muka. 
Walaupun tidak bersama
 tapi cukuplah sekadar dapat mengenali.

Even if we can't be together in the end, I'm still glad that you were a part of my life.



Di hadapan kita
ada jalan menuju,
di kejauhan ada sinar menanti 
di penghujung perjalanan ini..

(●̮̮̃•̃)
/█\

.Π.

thanks for viewing diarihaticikbunbun.do leave a comment

♥ shah alam & RESEPI KEK KUKUS

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 

hye guys. last week aku balik umah cik leha,,tau katne?shah alam lerh,,,mana lagi,tu lah satu2 nyew umah makcik aku yg paling dekat,,yang lain sume jauh,,huhu,ingt an nak balik jb tapi jauh la sgt,,da lah cuti sekejap je,,rasa membazir lah plak kan..so selama 3hari dok sne,,memang enjoy larh,,my kazen aini bawak aku jalan2 kat sha alam ue,JALAN-JALAN cari MAKAN,hehe,,aku kan dah berhajat sgt nak makan BAKSO n NASI LEMAK KUKUS, so ak ajak la si cua ni pi makan,cari punya cari kat situ,tp xde,huhu,,kecewa banget sih,,tp nasi lemak tu ade lah,,tapi kan xsedap,,bweek,,tak rasa cm kukus pon,dah la mahal.so u ollss yg dduk shah alam di seksyen 7 tu kan i suggest jgn makan kat restoran dkt  tepi tasik ue,,memang TAK SEDAP! keesokan harinya aku tak putus asa,aku gi lagi skali ajak si cua nie pi cri bakso,tapi tak ketemu jugak sih..so aku yg dah takde mood nak makan,aku ekot jela si cua nie makan kat restoran ape ntah,,,view dye memey cantek sgt, layanan pon okey,mesra alan je,aku suke,pelayan dia  gurl ok,bukan lelaki so jgn sala paham,kat sini ada jual mcm2 la gak,,makanan kampung ada,western ada urm mcm2 lg larh,,aku tgok kat menu mcm sedap,but actually tak sedap pon,,harga dia pon mahal lah gak...padahal aku order mee bodo2 jewk..mood aku mula spoil tau. lagi2 bila aku order air mangga blended tp dia bg jus mangga biase je,,haish,,,geram lah aku,tp aku still senyum je dpn dia,tp belakang dia aku membebel kat sepupu aku..hoho..n waiter tu mcm tau2 je aku marah kat dia,then dia anto jus baru tp aku xnak time,yela kan xkan lah aku nak byor dua2 jus tuh,,membazir je..dah la xsedap.puiih,lepas nie aku memang xkan makan larh kat tempat2 mcm ue,,baek mkn kat umah,sedap xsedap xpe,,yang penting kenyang n jimat duit aku,,haha.


lepas tu kan, kt org gi lah salon rambut,si cua nie nak sgt buat rambut,so aku teman lah,,aku ingt nak cut gak tapi bila tgok hairstylist dia lelaki aku pon xjadi lah nak cut.boleh tahan lah brother tu cut rmbut si cua nie,,,then,esoknyew ak amik kputusan nak cut gak,tp hairstylist dy perempuan lah ye,,bukan lelaki.yang nie,aku memang tak puas hati sgt2,sebab dah la dia buat tak lawa,mahal giler pulak tu,rasa membazir je,,aku buat treatment,cut n wash.sume skali rm110. tapi cut +wash je harga dia RM50. padahal aku suo dia cut 1cm je. so, mahal kan?better korg jgn g kedai nie SAKURA salon di seksyen 7 ok. owhoo aku nie mcm memboikot lah pulak,


my cutest kazen
aini asuha

nie lah jus mangga yg tak sedap ue

mee bodoh

chocolate ice blended

pastu cik leha ajar aku buat kek kukus n cupcakes..wee sonok nyew weyh..first time tau buat,,xsusah pon buatnyew..senang je..
tengok nie


ready untuk dibakar

see
dia dah  kembang
wee xsaba nak ngapp

first time buat toping,,
burok kan

yang nie bahan nak buat kek kukus

kita gaul kan dia~

ni rupa dia before dikukus

tadaa
inila hasilnya..

buat kek ni sebab ari tu bufday si ayip ni,,
so xpaya lah nak membazir gi beli kek kan,,,bukan sedap pon lau beli 
lagi sedap buat sendiri
hihih(perasan)eh tak2 betol lah siyez sedap!

a slice of cake
yummy!


tiga hari di umah cik leha memang lerh sgt2 best,,xbosan.service yg terbaik dri kuage cik ran.btw thank you so much coz sudi layan eno,bwk eno jalan2,belanja eno mkn,masak mskn sesedap untuk eno.terharu sgt,huhu..insyallah i will come again ok.
nant nak masak mcm2 lagi dgn cua.
oyeah2...

u AINI

BYE. ^__^

thanks for viewing diarihaticikbunbun.do leave a comment

kau tetap sahabatku dulu, kini dan selamanya.


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 


Dari kecil sehingga kini, macam2 orang aku kenal dan aku akui aku mempunyai ramai kawan kerana nak cari kawan sememangnya mudah,tetapi mencari seorang sahabat ternyata adalah suatu hal yang sukar.  aku kadang2 tertanya2 siapa dia?aku sendiri tak tahu benar ke dia sahabat aku, dan benar ke aku sahabat dia?tapi sepanjang perjalanan hidup ini,aku mula mengenali siapa sahabat aku yang sebenar.

sewaktu zaman kanak-kanak aku masih lagi tidak tahu apa erti persahabatan.yang aku tau mereka yang rapat dengan aku adalah sahabat aku.tapi sebenarnya sahabat bukanlah seorang yang rapat dengan kita semata-mata tapi mereka adalah orang yang boleh menerima kita seadanya dan sentiasa bersama kita disaat jatuh bangun kita. 
aku mula mengerti erti persahabatan ini sejak aku tingkatan 2 iaitu ketika saat aku terjatuh rebah kebumi,ada insan yang hadir menghulur tangan dan memberikan aku satu nafas baru disaat aku hampir lemas didalam kekusutan hidup ini. aku tak sangka aku mempunyai sahabat yang hebat seperti mereka. ketika orang lain tidak mempercayai aku,. tapi merka percaya
ketika orang lain membuang aku, tapi mereka menerima aku
ketika orang lain memandang sinis pada aku tapi mereka tetap memandang aku dengan seribu senyuman yang penuh dengan kasih dan sayang. terlalu byk kenangan bersama mereka yang tidak akan mampu aku hapuskan dan terlalu banyak kebaikan mereka yang tidak mampu aku lupakan. walaupun sudah sekian lama tak berjumpa, walaupun kini kita tak bersama, korang tetap dihati aku. dan korang akan tetap menjadi sahabat karibku dunia dan akhirat.
terima kasih SAHABATKU
NUR HAFIZAH RAHMAT & NOR HAFIZAH NATON

selepas peristiwa itu,aku terpaksa berpisah dengan sahabatku fiza N dan R, selepas itu aku cuba mencari teman baharu,tapi aku tak mampu,tidak ada siapa yang mampu menggantikan mereka ketika itu.sehinggalah tiba suatu saat,aku berjumpa dengan seseorang yang seakan seperti mereka berdua.aku bersyukur sgt-sgt kerana ALLAH menggantikan mereka dengan menghadiahkan aku sahabat baru.mereka juga sentiasa bersamaku. tidak kira susah ataupun senang.aku sentiasa berharap agar kami tak akan berpisah,namun takdir ALLAH telah memisahkan kami. dia telah mendapat tawaran belajar di sekolah teknik,dan aku pula hanya tinggal di sekolah lama.  aku sungguh terkilan.kerana aku tidak mampu lagi untuk hidup keseorangan tanpa mereka. dan ternyata benar,hidupku seakan kosong tanpa mereka.segala-galanya serba tidak kena. aku nekad untuk berpindah ke sekolah yang sama dengan salah seorang daripada mereka. akhirnya aku bersama dengan nana.kami ditempatkan disatu sekolah yang sama. tapi nadrah tetap keseorangan disekolah teknik,dia juga rasa benda yang sama seperti aku,kami tidak mampu untuk hidup berasingan.aku nekad untuk bersama-sama belajar dengan nadrah & nana di IPT nanti.namun, kami masih lagi tidak berjodoh.ketiga-tiganya mendapat tawaran yang berbeza. sekali lagi kami terpaksa berpisah. aku mula sedar, mana mungkin kami dapat bersama selamanya..hidup ini sudah ditetapkan oleh NYA.mungkin ada hikmah disebalik semua ini. 

kepada sahabat yang jauh dimata tetapi sentiasa dekat dihati
yang sekian lama tidak bersua muka dan hanya berbicara tanpa bertentang mata
yang menyulam salam perkenalan selama 5tahun ini
Aku kian merinduimu sahabat 
Teringat kenangan yang telah kita coretkan bersama
Yang kininya hanya boleh dikenang 
Aku harap kau juga masih terkenang masa lalu kita bersama
suka dan duka, yang tidak mungkin pernah padam dari ingatanku ini
dan biar ia bersemi untuk selamanya sahabatku

 SITI NADRAH HUDA BT ROSLIN
&
 SITI NURLIANA ABD FATTAH


Dan kini,setelah satu tahun setengah menetap di bumi bainun ini,aku tuirut mempunyai ramai kawan. pada awalnya berkawan dengan seorang kemudian bertambah sehingga menjadi 7orang,persahabatan ini kukira akan kekal selamanya,namun ianya hanya bertahan selama satu semester sahaja. entah apa sebabnya.tidak aku pasti. bukan tidak pernah untuk aku menjaga hubungan ini dengan sebaiknya tapi apalah kudrat aku untuk mengekalkanya.ternyata ia adalah suratan takdir.aku pasrah,kenangan hanyal tingal kenangan.aku tidak mampu lagi untuk melakarkan kenangan itu.yang aku mampu hanya membayangkanya sendirian.sesungguhnya aku kecewa.

dan dibumi bainun ini juga, aku turut mengenali seorang insan. satu-satunya sahabat lelaki aku di sini.segalanya bermula dengan baik. bermula dari seorang kawan, kami menjadi teman rapat danmenjadi SAHABAT. banyak masa yang telah kami habiskan bersama, suka dan duka kami sentiasa bersama. tiada rahsia juga diantara aku dan dia. kata orang dimana ada aku pasti disitu ada dia.sehinggakan ramai yang menyalah anggap hubungan kami ini. namun segalanya mula berubah, aku tidak tahu dimana silapnya. mungkin salah aku atau mungkin salah dia. sejujurnya aku bahagia bila melihat dia bahagia, tapi aku sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba hati ini terkadang cemburu. bukan cemburu kerana cinta.  tapi entahlah..aku pun tak pasti.mungkin kerana tiada lagi masa untuk kami bersama bergelak tawa dan berkongsi cerita. namun siapa aku.aku hanya lah seorang sahabat.dan sebagai seorang sahabat aku tidak sepatutnya rasa mcm tu.apepun aku sentiasa doakan agar dia bahagia dengan insan itu. dan aku nak kau tahu sahabat, walau apepon yang berlaku aku tetap akan sayang kau sebagai seorang sahabatku. 

dan sekarang,aku cuma berharap insan yang mula rapat dengan aku ketika ini adalah sebenar-benarnya sahabat aku..
kepada awak-awak

NUR SYAHIRAH SYAZA MD.DELI
NUR IZZATI ABD JAMIL
SITI AISYAH ADIB

aku nak korang tau,aku sayang korang sgt-sangat.sukar untuk aku nyatakan yang aku benar-benar menyayangi korang,aku ikhlas berkawan dengan korang dan aku harap korang pon ikhlas berkawan dengan aku. moga persahabatan ini kekal hingga hujung nyawa .INSYALLAH.

DAN
Disini buat sahabatku semua yang kukenali
walau dimanapun kalian ketika ini
walau pun ketika ini jarak memisahkan kita tapi
Kalian sentiasa bertahta disanubari ini
ingatlah bahawa ..
Kita berjumpa kerana takdir. 
Kita berkawan kerana kasih sayang. 
Kita bersama kerana hati. 
Kita bergaduh kerana harga satu ikatan.
dan yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA.
tanpa izinya  tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati 1 Rahsia Rasa.Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan.
Kalian adalah sahabat,teman, dan pelipur lara dalam hidup aku, kita berkongsi macam-macam cerita bersama gelak tawa dan aimata.kita bagun sama-sama,kita jatuh sama-sama.indah bukan?terima kasih kerana hadir sebagai sahabatku.Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini untuk dikenangkan melainkan dapat mengenali insan seperti kamu sahabat 
dan disini aku memohon kemaafan atas segala salah silap aku sepanjang perkenalan kita aku tahu banyak kesalahan yang telah aku lakukan selama aku menjadi sahabat dan temanmu,kadang-kadang aku tak sedar aku banyak buat kamu semua terasa . sesungguhnya aku adalah insan biasa.sekiranya ada kekurangan dan kekhilafan diri ini maafkanlah aku. 


wasalam.salam sayang dari sahabatmu yang serba kerdil ini.

thanks for viewing diarihaticikbunbun.do leave a comment

what women should do



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 



MENANTI dengan S.A.B.A.R

thanks for viewing diarihaticikbunbun.do leave a comment

 السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 


"my love  for you died when the last petal falls"

masih menunggu...


thanks for viewing diarihaticikbunbun.do leave a comment

DALAM ♥

                             السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
       

Di mana ada benci, biarlah kita membalasnya dengan sayang...
Di mana ada hati ♥ yang terluka,biarlah kita yang menjadi penyembuhnya...
Di mana ada duka, biarlah kita yang menjadi penghiburnya...
Di mana ada perselisihan, biarlah kita yang merapatkannya..
Di mana ada keraguan, biarlah kita yang meyakinkan...
Di mana ada putus asa, biarlah kita menebarkan harapan...
Di mana ada kesedihan, biarlah kita yang berkongsi bahagia...
Di mana ada kegelapan, biarlah kita yang membawa cahaya…


bukan mudah nak menjaga hati orangkan,walau mcm mne kita cuba sedaya upaya  jaga, tapi pasti akan ade seseorang yang  akan terasa dengan kita,,,hurm itulah lumrah kehidupan.manusia mana ada yang sempurna kan..




thanks for viewing diarihaticikbunbun.do leave a comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...