tanda-tanda lelaki/wanita jatuh cinta,,


Kita suka dia..
tp
dy suka ke kita
so u guys lau nk tau someone tu pon suke kita
dy akan:
  • Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu apabila diminta oleh pasangan selagi dia termampu
  • Dia akan sentiasa ingin menghiburkan pasangannya daan berubah dari seorang pendiam kepada seorang pencerita yang ceria
  • Dia akan sentiasa menasihati kekasihnya dan nasihat menjadi rutin dalam bicara bersama kekasihnya
  • Mula mengongkong sedikit kerana wujudnya perasaan cemburu
  • Dia akan sentiasa mengawasi pergerakkan pasangan
  • Kurang gemar apabila lelaki/perempuan lain cuba mendekati pasangannya
  • Mudah sensitif apabila pasangan tidak menumpukan sepenuh perhatian apabila dia berbicara
  • Ada ketika dia akan bersikap keanak-anakkan yang sangat memerlukan perhatian
  • Resah dan gelisah apabila pasangannya berjauhan dengannya bagi jangka masa yang lama
  • Lebih mementingkan pasangannya daripada diri sendiri
  • Berasa bangga untuk memperkenalkan pasangan kepada orang lain
  • Dia tidak sekali-kali akan curang kepada pasangan dan mengharapkan perkara yang sama dari pasangannya
  • Lelaki mempunyai rasa malu apabila jatuh cinta. Pada awalnya dia akan memerhati anda dari jauh dan jika kita mengetahuinya dia akan berpura-pura melihat ke arah lain
  • Sentiasa bertembung dengannya di merata-rata tempat tanpa dijangka
  • Intonasi suaranya lebih rendah dan romantik apabila berbicara dengan pasangannya
  • Adakala dia akan merenung tajam ke dalam mata pasangannya.
  • Perubahan karakter yang dapat dilihat apabila dia berbicara dan berada dekat dengan pasangannya, wajahnya akan berubah menjadi merah dan pergerakkan akan menjadi sedikit kekok.
  • Dia akan sedaya upaya mengawal kemarahan apabila bersama pasangan
so macam mne ??
adakah tanda2 diatas ada pada seorang yang kita suka?

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...